Pihak berkuasa di negeri-negeri terbabit  boleh mengerakkan usaha  pengumpulan  untuk dihantar ke negeri ini agar boleh dilupuskan mengikut syariat Islam, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh kerajaan Kelantan selepas banjir besar 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas -Tugas Khas negeri, Ghazali  Taib berkata, khidmat itu akan dilakukan secara percuma dengan kemudahan relau di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

“Kali terakhir kerajaan negeri menerima al-Quran rosak akibat  banjir untuk dilupuskan adalah pada 2015 apabila kerajaan Kelantan menghantar lebih 25 tan,” katanya selepas Program Pelupusan Kiub Abu al-Quran, di perairan Pulau Kapas hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Pesuruhjaya (Pengurusan, Kewangan dan Pembangunan) JHEAT, Azhar Jusoh; Pengarah Jabatan Laut Malaysia negeri, Wan Endok Wan Salleh dan Ketua Penolong Pesuruhjaya Kanan (Penyelidikan) JHEAT, Mohd Noor Mohamad.

Dalam program itu, sebanyak 2.5 tan metrik kiub abu al-Quran dan bahan-bahan bercetak al-Quran dilepaskan ke laut, iaitu 49 peratus daripada jumlah kiub sedia ada, dan bakinya akan dilupuskan tahun hadapan. 

Menurut, Ghazali, sejak 2015 hingga kini, JHEAT telah mengumpul sebanyak 70.45 tan metrik bahan-bahan itu yang rosak dan tidak lagi boleh dibaca daripada pelbagai sumber termasuk masjid. sekolah, jabatan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan individu. - UTUSAN ONLINE