Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perusahaan Perladangan negeri, Datujk Muhammad Pehimi Yusof berpendapat langkah itu dapat menggalakkan lagi pengusaha ruminan memanfat kemudahan yang disediakan.

“Mereka (penternak, peniaga) terpaksa membawa ternakan ke rumah sembelih dan kemudiannya mengangkut pulang.Sedangkan mereka boleh sembelih di tempat sendiri dengan permit yang ada.

“Namun ia boleh memberi keyakinan kepada pengguna tentang sembelihan mengikut hukum syarak di samping ternakan telah disahkan bebas daripda sebarang penyakit, dan daging yang dikeluarkan diperiksa bagi memastikannya bersih dan selamat dimakan,”ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Halal Kompleks Abatoir Kuala Terengganu (KAKT) di kawasan perindustrian Gong Badak di sini hari ini.

Yang turut hadhir Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (Kesihatan Veterinar), Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr. Mohd. Termizi Ghazali.


Video oleh AZLAN BAHRUM

KAKT yang diwujudkan pada tahun 1996 dan telah dinaik taraf dengan kos RM1.4 juta bagi menyediakan prasarana lengkap ke arah mencapai bagi tujuan itu.

Kompleks tersebut boleh menampung penyembelihan 40 ternakan sehari (55 peratus) daripada keperluan di daerah ini manakala bakinya boleh ditampung oleh empat pusat penyembelihan swasta yang telah dilesenkan.

KAKT merupakan salah satu daripada lapan pusat sembelihan kendalian jabatan itu di seluruh negara setakat ini yang mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). - UTUSAN ONLINE