Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Pulau Duyong miliki prospek warisan berpotensi

Ahmad Razif Abdul Rahman bersama isteri, Halina Zakaria (dua dari
Ahmad Razif Abdul Rahman bersama isteri, Halina Zakaria (dua dari kanan) dan Nik Hazuwal Nik Lah (Kanan) melawat gerai jualan selepas merasmikan Festival Seni Duyong di Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 1 Mei – Penempatan tradisional Pulau Duyong di sini memiliki prospek warisan yang berpotensi untuk dibangunkan dengan kekuatan asas seni dan kebudayaan yang ditonjolkan anak-anak mudanya menerusi penganjuran Festival Seni Duyong yang makin menjadi tarikan pelancong.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, inisiatif golongan itu memperkenalkan konsep ‘Anok Tranung’ di samping memartabatkan produk seni warisan yang melibatkan golongan lama dan makanan tradisi disifatkan tepat dengan falsafah kerajaan negeri yang menekankan kepada 'cara lama, dimensi baharu'.

Justeru, beliau yakin usaha yang dirintis kumpulan anak muda di bawah platform Duyong Art Gallery itu secara tidak langsung membolehkan generasi baharu mempunyai jati diri yang lebih kukuh terhadap negeri asal mereka walau di mana jua berada.

“Kalau kita kaji sejarah dahulu, Pulau Duyong digelar 'Lidah Terengganu' kerana menjadi lokasi mendalami ilmu agama di Kota Lama Duyong, malah di sini juga merupakan tempat asal perusahaan pembuatan bot dan kapal layar warisan.

“Dengan adanya Festival Seni Duyong secara tidak langsung Terengganu turut memiliki pesta kebudayaan tersendiri sebagaimana di Sepanyol yang terkenal dengan pesta La Tomatina dan Festival Songkran di Thailand, sekali gus kita dapat mengetengahkan hasil seni kita kepada pengunjung dalam serta luar negara,” katanya ketika berucap merasmikan acara itu baru-baru ini.


Video oleh AZLAN BAHRUM

Yang hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail; Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd. Razak dan penyelaras acara itu, Nik Mohd. Hazuwal Nik Lah.

Festival yang kembali buat tahun ketiga itu diberi nafas le­bih segar menerusi penglibatan Jabatan Pelancongan Terengganu selaku penganjur dan menyajikan pelbagai pengisian menarik.

Antara tarikan yang boleh dikunjungi termasuk pameran fotografi Tanah Kite 2, pameran seni rumah kayu Terengganu, jualan kreatif di atas jeti melibatkan 60 usahawan kreatif, lakaran lukisan Roung-roung Pulau Duyong Resi­densi, UMT Trail Flora of Duyong, cabaran seni gubahan, sukan rakyat, persembahan silat dan muzik gendang silat.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain