Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Pameran Ikan Lut Sinar di UMT

KUALA TERENGGANU 16 Ogos - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini dengan kerjasama Muzium Biologi Laut dan Akuarium Nasional (NMMBA) Taiwan menganjurkan Pameran Ikan Lut Sinar yang julung kali diadakan di negara ini.

 Pameran hampir 1,000 ikan lut sinar yang dibawa khas dari Taiwan  terbuka terbuka kepada umum  selama empat bulan mulai hari ini sehingga November depan dengan bayaran masuk RM3 bagi setiap pengunjung.

Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokthar berkata,  pameran secara besar-besaran yang diadakan di Galeri Institut Oseanografi dan Sekitaran  (INOS) merupakan yang ketiga pernah dianjurkan selepas Taiwan dan Jepun.

"Inisiatif ini bertujuan untuk lebih mendekatkan masyarakat dengan bidang biologi menerusi pendidikan dan penghayatan seni memandangkan ciri uniknya yang cukup menarik dan cantik.

"Penghasilan ikan lut sinar menerusi proses pengawetan penting untuk pengecaman spesies dan taksonomi, mengenali sejarah evolusi kumpulan ikan dan mengkaji hubungan di antara setiap pengkelasan jenisnya," katanya kepada pemberita di INOS, UMT di sini hari ini.

 Perasmian disempurnakan Penasihat Sains Perdana Menteri, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid, dan turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Taiwan, Dr. Tsai Ching-Hwa serta Pengurus Besar NMMBA, Dr. Chen Chii-Shiarng.

Nor Aieni berkata, pameran i tersebut merupakan kesinambungan daripada memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani antara UMT dengan NMMBA dan National Dong Hwa University, Taiwan pada 14 Julai 2015.

Menurut beliau, MoU itu membolehkan UMT menjalankan penyelidikan ikan bersama dua institusi berkenaan selain menempatkan tiga pelajarnya menjalani latihan praktikal di NMMBA setiap tahun.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain