Hari ini mereka menyertai pertandingan memancing di kolam Taman Tamadun Islam (TTI) di sini manakala esok akan diadakan pertandingan permainan tradisi di Pantai Batu Buruk.



Presiden Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT) , Tengku Arman Harris Tengku Ismail berkata, program riadah julung kali itu secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan mereka.

"Peserta terdiri daripada wakil Pulau Pinang, Kelantan, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Rata-rata hadir bersama keluarga, dan mereka kelihatan begitu seronok. Jadi kami berhasrat untuk menjadikan program ini sebagai acara tahunan POPT," katanya kepada pemberita selepas pertandingan memancing.

Yang hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Zubir Embong.

Dalam acara itu, wakil POPT, Mohd. Arihan Yusof, 38, muncul sebagai juara selepas berjaya menjinakkan ikan keli seberat lebih 4 kilogram sekali gus menewaskan 59 peserta lain.-UTUSAN ONLINE