Video oleh AZLAN BAHRUM

Mereka merupakan sebahagian daripada 271 pasangan di seluruh ne­geri ini yang me­langkah ke fasa baharu kehidupan menerusi program kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK).

Bagi pasangan Khairul Azhar Yusoff, 32, dan Nor Marlisa Abidin, 33, mereka bersyukur kerana kerajaan negeri dan YPK merea­lisasikan impian serta memudahkan mereka menjadi suami isteri dalam tempoh singkat selepas berkenalan selama empat tahun.

“Perancangan untuk berkahwin kita sudah fikir sejak dua tahun lalu dan masing-masing membuat persediaan dari segi wang ringgit.

“Sekiranya tidak menyertai program ini, mungkin lagi tiga tahun baharu kami dapat disatukan berikutan faktor kewangan yang masih tidak mencukupi. Kami berterima kasih kepada semua pihak kerana secara langsung mempercepatkan hajat kami,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Yang hadir sama meraikan ke­semua pasangan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Transformasi ne­geri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang serta Ketua Penolong Pengarah (Baha­gian Pembangunan Keluarga) YPK, Abdul Ghaffar Mamat.

Program Perkahwinan Perdana 2017 antara lain bertujuan membantu serta memudahkan pasangan di negeri ini mendirikan rumah tangga memandangkan kos perkahwinan yang semakin meningkat.