Daripada jumlah itu, 18,642 merupakan calon dari sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, di samping seramai 770 calon dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

 Juga melibatkan 77 calon sekolah menengah agama negeri , 110 calon sekolah swasta, 927 calon persendirian dan 73 calon berkeperluan khas (CBK), di bawah pengawasan 1,377 petugas.

Seramai tujuh  tiga calon yang menghadapi masalah kesihatan termasuk akibat kemalangan terpaksa menduduki peperiksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Mereka termasuklah Hasmah Laili Mohd Azmi (SMK Bukit Sawa); Hanifah Nuha Zulkifly ( SMK Padang Midin) dan Nur'arifah Rosli ( SMK Seri Nilam).

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi negeri, Bazlan Abdul Rahman turut melawat mereka pagi ini di samping meninjau perjalanan peperiksaan di beberapa sekolah.

Sementara itu, seramai 5,069 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga mula menduduki peperiksaan hari ini dengan seorang daripada mereka menduduki peperiksaan di HSNZ. - UTUSAN ONLINE