Pengerusi Jawatankuasa Komunukasi Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, sehubungan itu kerajaan negeri  melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan mengadakan kempen lebih aggresif tidak lama lagi.

"Ini bagi menarik lebih ramai pengusaha termasuk pengendali hotel, pengeluaran produk makanan dan minuman, komestik dan perubatan agar berusaha mendapatkannya.

 "Sehingga kini hanya 125 pengusaha di seluruh negeri yang memperoleh sijil halal, dan angka itu amat rendah terutama jika dibandingkan dengan bilangan pengusaha makanan dan resort serta hotel yang ada di negeri ini,

``Daripada jumlah itu melibatkan 34 premis makanan, produk makanan dan minuman (78), barang gunaan (11) , kosmetik dan dandanan diri (1) dan rumah sembelihan (4).

``Kalau boleh kita mahu semua kilang atau premis terutama yang memproses  makanan, minuman  dan kosmetik serta dapur hotel dan resort mendapatkan sijil halal untuk kepentingan mereka dan pengguna,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada TGG Manufacturing di Terengganu Halal Park Cendering di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim dan Pengurus Besar TGG Manufucturing, Yasir Abdullah.

 Katanya, pada masa ini kerajaan negeri belum bercadang untuk mewajibkan pengusaha terbabit mendapatkan sijil berkenaan, tetapi berharap melalui kempen yang diadakan itu menarik minat mereka. - UTUSAN