Naib Canselor UnisZA Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi A. Latif berkata pada peringkat permulaan, pihaknya menggunakan sebanyak 7 hektar (16 ekar) daripada jumlah keluasan tanah itu melalui kepakaran dan teknologi yang bersesuaian sejak Okt lalu.

Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi A. Latif
Prof Dr Ahmad Zubaidi A. Latif 

"Penggunaan tanah Bris untuk dijadikan sebagai pusat penghasilan biji benih bukanlah sesuatu yang senang ekoran struktur tanah Bris yang bersifat mudah menyerap dan tidak menyimpan air menyebabkan tanaman sukar hidup.


"Namun menggunakan teknologi pengairan dan saliran air serta rawatan yang bersesuaian yang dilakukan terhadap tanah, ia mampu dijadikan sebagai kawasan pertanian. Sejak Oktober lalu, kita telah berjaya mengusahakan beberapa jenis tanaman di kawasan itu seperti kacang panjang, tembikai dan Melon Manis Terengganu (MMT)," katanya.


Beliau berkata demikian kepada Bernama pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) antara UnisZA dan Green World Genetics Sdn Bhd (GWG) di Kampus UniSZA Tembila, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GWG Dr Chua Kim Aik dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty.


Ahmad Zubaidi berkata menerusi MoU itu, kawasan tanah Bris itu bukan sahaja bertujuan untuk mengkomersilkan penghasilan biji benih malahan dijadikan tempat pembelajaran di luar kelas bagi pelajar universiti itu.


"Kerjasama ini turut merangkumi pelbagai bidang termasuk pembangunan akademik (P(amp)P), penyelidikan (R(amp)D), latihan industri, penjanaan pendapatan, dan pembangunan agroprenuer dalam kalangan siswazah UniSZA," katanya.- BERNAMA