Menurut Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, Dr. Riswadi Azmi, konsep ini menawarkan kemudahan dan perkhidmatan percuma bagi memberikan kelegaan dan meringankan bebanan mereka yang bermusafir, meraikan impian anak-anak melanjutkan pengajian.

“Perkhidmatan Caravanserai @ Masjid UMT menyediakan kemudahan penginapan, sarapan dan pemeriksaan kereta secara percuma khusus kepada ibu bapa dan pelajar yang tidak mampu dan tidak mempunyai penginapan ketika hadir bersama semasa pendaftaran pelajar baharu nanti.

“Idea ini tercetus apabila melihat banyak kos yang perlu ditanggung oleh keluarga pelajar yang jauh terutamanya dari utara dan selatan semata-mata untuk mendaftarkan anak- anak mereka,”ujarnya di sini hari ini.

Perkhidmatan percuma seperti inia merupakan salah satu mercu warisan waqaf yang telah diasaskan oleh empayar Turki Uthmaniyyah dan dikelola oleh badan pengurusan wakaf.

“Melihat kepada keperluannya pada waktu ini, kita melaksanakannya kembali dengan beberapa penambahbaikan mengikut kesesuaian semasa,”ujar beliau.

Pihaknya mengalu-alukan sumbangan mana-mana orang perseorangan mahupun agensi yang ingin ‘berinfaq’ dan ‘berwaqaf’ bagi membiayai projek [email protected] UMT boleh berbuat demikian melalui pihak pengurusan Pusat Islam Sultan Mahmud UMT.

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar mengulas bahawa program itu suatu penambahbaikan yang sewajarnya disebarluaskan dan turut diaplikasikan dalam bentuk bantuan yang lain agar matlamat kewujudannya dapat dinikmati oleh golongan sasar. -UTUSAN ONLINE