Hari ini UCB yang diwakili kakitangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA) membawa kegembiraan menjelang ketibaan Ramadan kepada 10 keluarga kurang berkemam­puan di Kampung Gong Batu, di sini apabila mengunjungi mereka.

Program Amal Kasih Ramadan UCB itu diketuai Timbalan Naib Canselor HEPA, Pengajian Siswazah dan Penyelidikan, Prof. Dr. Sulaiman Yamin dan enam kakitangan.

“Sebanyak RM1,000 dibelanjakan hari ini untuk membeli ba­rangan keperluan dapur yang diagihkan kepada 10 penerima apabila kami menjengah kehidupan mereka.

“Progam ini menjadi acara tahunan kami menjelang Ramadan de­ngan sasaran ke rumah-rumah yang dihuni rumah warga emas, pesakit dan ka­langan orang kurang upaya,” katanya.

Beliau berharap program ini dapat meringankan sedikit beban penerima bagi menyambut Ramadan selain mendekatkan lagi hubungan UCB dengan masyarakat setempat di daerah ini.

Antara mereka yang diziarah ialah kalangan warga emas yang uzur iaitu Awang Idris, 90, Idris Ahmad, 81, Shafie Chik, 60, dan Wan Abdul Kadir Wan Nik, 62.