Ketua Pengarahnya, Datuk Munir Mohd. Nawi berkata, dalam keadaan hujan berterusan, boleh menjejaskan daya tahan ternakan dan sekiranya banjir sangkar mungkin musnah atau dihanyutkan.

Sehubungan itu pegawai pe­r­i­­kanan di peringkat negeri terah diarahkan untuk berjumpa de­ngan penternak bagi membantu memberikan khidmat nasihat serta cadangan yang sewajarnya terhadap mereka.

“Penternak ikan juga perlu memastikan sangkar-sangkar di­ikat dengan sempurna di samping tidak meletakkannya di laluan air yang deras bagi mengelak daripada hanyut dan usah memulakan ternakan musim ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Program Santai Petang Komuniti Perikanan Bersama Media di Pengkalan Tok Jembal di sini semalam, yang turut dihadiri Pe­ngarah Perikanan Terengga­nu, Zawawi Ali.

Sementara itu beliau menasihatkan nelayan tempatan agar sepakat mengerakkan pelbagai usaha mewujudkan peluang ekonomi alternatif di kawasan setempat apabila pendapatan mereka terjejas akibat musim tengkujuh.

Katanya, kewujudan kelompok yang aktif dalam aktiviti perniagaan berasaskan perikanan juga memudahkan pihak kerajaan melalui agensi terlibat memberikan nasihat dan bantuan yang sewajarnya agar peniagaan yang dijalankan dapat bergerak dengan lebih tersusun.