Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, malah ia memperlihatkan momentum sokongan yang makin meningkat biar pun dalam suasana politik yang makin mencabar.

Dengan komitmen para pemimpin di semua peringkat, katanya, tranfomasi politik yang digerakkan memberi impak yang meningkatkan keyakinan bahawa kerajaan BN akan terus menerajui negeri dengan kedudukan lebih kukuh.

“Semua ini memberi petanda positif untuk BN mengekalkan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja sehari ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri beliau, Toh Puan Seri Halina Zakaria dan Pegawai Penyelaras DUN, Datuk Mohd. Sabri Alwi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Rozalina Mokhtar.

Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya pada 15 dan 16 April lalu turut yakin BN Terengganu akan terus menguasai negeri ini berdasarkan pengamatannya.

Ahmad Razif turut menarik perhatian tentang sudah wujud suasana berbeza di DUN Ladang yang terus dikuasai pembangkang dengan kecenderungan rakyat untuk melakukan perubahan.

“Apabila datang ke DUN Ladang ini saya juga lihat satu semangat baharu yang ditunjukkan dan saya yakin penduduk di sini akan memberi semula peluang kepada UMNO dan BN. Parlimen Kuala Terengganu juga kita mampu kita ambil balik kerana rakyat sudah sedar permainan pembangkang yang hanya pandai bercakap tetapi mereka gagal melaksanakan.

“Sedangkan kawasan ini menjadi tanggungjawab mereka, bukannya sekadar berceramah. Jadi saya yakin rakyat akan menyokong UMNO dan BN,” katanya.

Ahmad Razif memberitahu, lawatan beliau antara lain memberi tumpuan soal menangani kos sara hidup, menyediakan peluang pekerjaan dan soal perumahan untuk rakyat yang kurang berkemampuan. - UTUSAN ONLINE