Pengumuman dibuat sejurus selesai mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco buat kali pertama selepas pembentukan kerajaan negeri yang baharu.

Ahmad Samsuri menerajui Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli.

Berikut adalah nama anggota Exco bersama portfolio masing-masing:

1.Satiful Bahari Mamat

-Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi

2. Dr. Alias Razak

-Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar

3. Mohd. Nor Hamzah

-Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan

4. Dr. Azman Ibrahim

-Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa

5. Datuk Tengku Hassan Tengku Omar

-Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran

6. Ariffin Deraman

-Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Tekonlogi Maklumat

7. Hanafiah Mat

-Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional

8. Wan Sukairi Wan Abdullah

-Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO

9. Dr. Mamad Puteh

-Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau

10. Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman

-Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja - UTUSAN ONLINE