Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebarang langkah seterusnya akan diambil selepas mendapat maklum balas daripada badan bebas berkenaan.

“Kerajaan negeri menunggu maklum balas pihak SPRM dan kita akan mengambil langkah berdasarkan makluman itu.

“Beberapa bulan lalu kita telah membuat Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan kita terbuka untuk apa-apa cadangan dan akan menggambil langkah sesuai dan bertepatan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Corporate Talk Terengganu Inc. di Duyong Marina & Resort di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc., Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Pada Februari lalu, Terengganu merupakan negeri kedua selepas Melaka yang menandatangani IBR dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai inisiatif bagi membendung gejala rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri. - UTUSAN ONLINE