Muhammad Pehimi Yusof
MUHAMMAD PEHIMI

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perusahaan Perladangan negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, sebagai rangsangan, sebanyak RM500,000 diperuntukkan pada tahun ini bagi membekalkan peralatan berkaitan untuk meningkatkan pengeluaran di kawasan-kawasan bersesuaian.

"Untuk mencapai matlamat ini, memerlukan penglibatan bersama jabatan-jabatan, koperasi-koperasi, persatuan-persatuan dan usahawan-usahawan industri pertanian di sepanjang rantaian pembiakan, pengeluaran madu dan pemasarannya.

"Latihan dan kemahiran diberikan selain memberikan sokongan dana dan menyelaraskan aktiviti industri ini agar hasrat menjadikan Terengganu sebagai pengeluar produk lebah terbesar akan tercapai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan makan malam sempena Persidangan & Pameran Antarabangsa Lebah Kelulut 2017 di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Getah Antarabangsa (IRRDB), Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir.

Katanya, sokongan padu daripada IRRDB yang mahu pekebun kecil menternak kelulut di kebun getah mereka, juga membuktikan keprihatinan agensi kerajaan itu dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi.

"Ia adalah usaha yang baik kerana pekebun kecil yang melakukan ternakan integrasi ini telah memperoleh hasil sekitar RM1,500 sebulan daripada 40 log kelulut. Itu tidak termasuk hasil jualan getah dari kebun mereka," ujar beliau. - UTUSAN ONLINE