Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Terengganu fokus aliran sains menuju TN50

A. Latiff Awang (belakang, tiga dari kanan) dan Shahrul Anuar
A. Latiff Awang (belakang, tiga dari kanan) dan Shahrul Anuar Hamid (belakang kanan) bersama sebahagian pelajar selepas program BSN School Carnival 2017 di SK Bukit Payong, Marang, Terengganu, kelmarin.

MARANG 12 Mac - Kerajaan negeri akan mem­beri lebih tum­puan terha­dap aliran sains da­lam me­lahirkan generasi baharu yang cemerlang dalam bidang profesional sekali gus meme­nuhi aspirasi kerajaan menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi negeri, A. Latiff Awang berkata, pihaknya mengakui pada masa ini minat serta keupayaan para pelajar dalam aliran sains di sekolah-sekolah di Terengganu berada di tahap kritikal.

Menurutnya, atas faktor itu, kerajaan negeri menerusi pera­nan serta komitmen Jabatan Pen­didikan Negeri Terengga­nu (JPNT) akan memastikan masalah tersebut ditangani, seterusnya membantu merealisasikan TN50.

“Kita akui banyak perkara yang kita perlu laksanakan dalam usaha kita mencapai hasrat kerajaan merealisasikan TN50.

“Bagi memenuhi sasaran kerajaan mencapai negara maju, pemasalahan berkaitan aliran sains yang disifatkan kritikal kini akan cuba diatasi dengan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas me­nyempurnakan majlis penutup BSN School Carnival 2017 di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Payong dekat sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi BSN Terengganu, Shahrul Anuar Hamid; Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Payong, Mohamad Hishamuddin Datuk Muda dan Guru Besar sekolah itu, Sohairi Mohd. Rais.

A. Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkalan Berangan, berkata, dalam mencapai sebuah negara maju, kerajaan negeri akan memastikan sasaran 60 peratus para pelajar cemerlang dalam aliran sains dan 40 peratus dalam aliran sastera dapat dicapai.

“Begitu juga dengan usaha kerajaan negeri yang telah me­nubuhkan sekolah-sekolah Imtiaz dalam usaha melahirkan para pelajar yang bukan saja cemerlang dalam bidang profesional malah mempunyai sahsiah serta jati diri tinggi, usaha ini juga dapat membantu memenuhi wawasan TN50,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain