Pegawai Kewangan negeri, Datuk Abdul Rahman Yahya memberitahu, penggunaannya alat bernilai RM8,000 seunit itu diharap memudahkan kerja-kerja pemantauan dan siasatan berhubung perkembangan serta permasalahan pelbagai projek yang digerakkan.

“Ini akan membantu memberikan gambaran yang lebih tepat dan jelas terhadap projek-projek di bawah peruntukan kerajaan negeri dan Persekutuan,”ujarnya.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas melakukan penyerahan pesawat kecil itu kepada pihak UPEN dan Pejabat Daerah di Wisma Darul Iman di sini.

Dalam majlis ringkas itu, beliau turut menyerahkan 25 unit peralatan navigasi (GPS)-Garmin untuk kesemua Pejabat Daerah dan pihak berkuasa tempatan di samping Jabatan Kerja Raya Daerah dan Jabatan Pengaliran dan Saliran.

“Alat GPS-Garmin ini dengan kos RM2,500 seunit dibekalkan bagi memudahkan kerja-kerja pengukuran jalan-jalan di bawah Marris di mana ketepatan ukuran dapat diperoleh dengan menentukan koordinat awal dan akhir jalan-jalan tersebut.

“Dengan adanya peralatan ini diharap agar pelaksanaan projek-projek di negeri ini dapat dipantau dengan lebih teliti dan berkesan bagi memastikan projek berjalan sebagaimana jadual,”ujarnya. - UTUSAN ONLINE