Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail berkata, walaupun kes kecurian motosikal mencatatkan penurunan daripada tahun sebelumnya, namun ia masih merupakan penyumbang terbesar kepada kadar jenayah indeks negeri dengan kira-kira 60 peratus daripada keseluruhan kes membabitkan jenayah harta-benda.

Katanya, hasil operasi yang di­jalankan polis berjaya mengurangkan kepada 1.5 kes sehari di seluruh negeri berbanding nisbah sebelum ini iaitu dua kes sehari.

“Oleh itu kita akan memastikan yang fokus tahun depan lebih kepada operasi membanteras dan menangkap mereka yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ke­pa­da pemberita selepas menyaksikan majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Dae­rah antara Asisten Komisioner Idris Abd. Rafar (bersara) dan Timbalan Ke­tua Polis Daerah, Superintenden Suffian Sulaiman yang memang­ku tugas itu di sini hari ini.