Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, bantuan sempena Tahun Melawat Terengganu 2017 itu yang diumumkan dalam pembentangan Bajet tahun lalu, melibatkan peruntukan sebanyak RM262,000.

Katanya, langkah tersebut merupakan salah satu hasil penganjuran bengkel Lab Bajet di setiap daerah yang merumuskan lebih 100 jenis bantuan yang memberi manfaat terus kepada pelbagai golongan rakyat yang memerlukan.

“Sebagai permulaan bantuan RM500 akan diberikan kepada Persatuan Pemandu Teksi Jertih dan Persatuan Pemandu Teksi Kuala Besut melibatkan 147 ahli dengan peruntukan RM73,500,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri serta Pekan Budaya Besut 2017 di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong di sini petang ini.

Yang hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Zubir Embong dan Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafie.

Juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nawi Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perusahaan Perladangan negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof;

Menurut Ahmad Razif, Besut merupakan daerah paling ramai pemandu teksi aktif di negeri ini, dan beliau membayangkan pemberian itu akan diteruskan dalam Bajet akan datang. - UTUSAN ONLINE