Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tawar vaksin percuma selama lima tahun

Terengganu proaktif cegah hawar berdarah

KUALA TERENGGANU 14 Jun - Kerajaan negeri menerusi Jabatan Veterinar mengambil langkah proaktif bagi mencegah penularan wabak hawar berdarah di Terengganu berikutan kematian 340 ternakan lembu dan kerbau membabitkan kerugian kira-kira RM1.7 juta.

MUHAMMAD PEHEMI

Kesemua ternakan tersebut melibatkan 284 ekor lembu dan 56 ekor kerbau di tiga daerah iaitu Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sejak wabak itu mula dikesan bulan lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 271 ekor lembu mati di daerah Marang diikuti Kuala Terengganu (11 ekor) dan Kuala Nerus (dua ekor) manakala 44 ekor kerbau pula dilaporkan mati di daerah Marang dan Kuala Terengganu (12 ekor).

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Per­usahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, langkah pencegahan itu antaranya suntikan vaksin dan antibiotik secara percuma ke atas ternakan khususnya di daerah terlibat.

“Suntikan vaksin akan diberi percuma untuk lima tahun untuk pastikan wabak ini (hawar berdarah) berakhir. Kita juga minta kerjasama penternak kerana kalau kita cegah dari awal adalah lebih selamat.

“Kalau ada tanda-tanda seperti mulut berbuih, badan panas atau demam serta leher bengkak pada ternakan, para penternak digesa segera hubungi Jabatan Veterinar untuk langkah pencegahan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Veterinar Terengganu, Dr. Mohd. Termizi Ghazali dan Ketua Bahagian Kesihatan jabatan berkenaan, Dr. Wan A’ Aidah Wan Hashim.

Muhammad Pehimi seterusnya memberi jaminan bahawa wabak berkenaan dalam kea­daan terkawal di negeri ini de­ngan adanya langkah-langkah pencegahan bagi memastikan tidak terus menular ke daerah lain.

Dalam pada itu, beliau turut kesal dengan tindakan sesete­ngah penternak mengambil jalan mudah membuang bangkai ternakan yang dijangkiti hawar berdarah ke dalam sungai kerana ia boleh mengundang penyebaran wabak tersebut.

Jelas Muhammad Pehimi, setakat ini lebih 20 ekor haiwan ternakan telah dibuang ke dalam sungai termasuk di Sungai Merchang sejak bulan lalu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain