Persembahan yang diiringi lagu-lagu etnik oleh tujuh anak ahli KRT memeriahkan suasana program yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani, Perladangan, dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof merasmikan program tersebut.

KRT Bandar Jerteh yang ditubuhkan lebih 30 tahun lalu masih bertahan ke hari ini ekoran kerjasama dan komitmen berterusan oleh ahlinya yng terdiri daripada pelbagai kaum. - UTUSAN ONLINE