Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, projek yang diharap menyediakan peluang pendapatan kepada puluhan ribu penduduk merupakan salah satu daripada 71 projek di bawah Program Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu (TETP).

Projek ini akan dipacu melalui pelaburan sebanyak RM27 juta oleh swasta yang kelak dijangka mampu membantu pengurangan import bahan itu oleh negara sebanyak RM3.5 billion dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang.

“Syarikat pelaburan Green World Genetik Sdn. Bhd. juga me­nubuhkan stesen penyeli­di­kan bagi program pertanian, khu­susnya pembangunan genetik ba­gi mengeluarkan mengeluarkan spe­sies tanaman bermutu tinggi dan berdaya tahan.

“Saya berharap pusat itu juga dapat digunakan sebagai satu tarikan pelancong dengan penyediaan maklumat dan mendidik pelawat tentang tanaman itu termasuk proses penanaman dan penghasilannya sebagai makanan haiwan ternakan,” katanya.

Beliau berkata demikian keti­ka berucap menyempurnakan upa­­­cara pelancaran tanaman itu di Taman Kekal Pengeluaran Maka­nan (TKPM) di Rhu Tapai, dekat sini petang semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ke­tua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Ta­ni, Badrul Hisham Mohd. dan Pe­ngerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof.

Katanya, projek ini yang di­umumkan dalam Bajet 2017 akan dijadikan sebagai satu lagi ‘cerita kejayaan’ bagi negeri ini.

“Tanaman jagung bijirin mampu menjadi sumber pendapatan baha­ru kepada penduduk pada ma­sa akan datang dengan potensinya yang sangat besar,” katanya.