Langkah itu akan melenyapkan kebimbangan para pencinta alam yang sejak sekian lama menggesa agar kawasan itu dilindungi sepenuhnya kerana keunikan ekosistemnya, dan menjadi khazanah negeri yang boleh menyumbang kepada perkembangan ekopelancongan.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Azmi Nordin memberitahu Utusan Malaysia, mengikut prosedur, proses ke arah itu telah diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri penghujung tahun lalu, pejabat Tanah Daerah kini cuma perlu mengangkat cadangan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk langkah pewartaaan.

“Kawasan yang ditetapkan itu telah diasing daripada penempatan penduduk. Melalui pewartaan ini kelak memudahkan lagi kawalan bagi mengelak sebarang pencerobohan,” ujarnya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Larian Tanah Bencah Setiu dan Kempen Kesedaran Penanaman Pokok 2015 di Kampung Mangkok dekat sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengurus Kanan Air Tawar Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia, Da-ria Mathew; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Mohd. Azmi Nazir dan Penghulu Mukim Pantai, Ridhzuan Zaki.

Lebih 300 pelajar sekolah rendah dan menengah dari lima sekolah sekitar kawasan itu menyertai larian tersebut di samping menanam 625 pokok rhu di pesisiran pantai Kampung Mangkok.

Tanah Bencah Setiu mempu-nyai pelbagai ciri semula jadi terdiri daripada ekosistem air tawar, air payau dan air laut termasuk habitat yang unik seperti gelam dan laguna sepanjang 14 kilometer dan kawasan perlindungan bagi habitat tertentu termasuk tuntung laut.

“Tanah Bencah Setiu ini me-rangkumi ekosistem yang berpanjangan meliputi Sungai Setiu, Sungai Chalok, Sungai Bari, Sungai Merang, hutan riparian, hutan paya gambut, hutan pantai, hutan gelam dan paya laut,” katanya.

Menurutnya, ia akan memulih-kan habitat pesisiran pantai yang menjadi koridor terhadap kepelbagaian biologi serta memperkayakan sumber hasil pantai selain dapat meningkatkan kualiti alam sekitar dan estetika sebagai daya tarikan pelancong.

“Kita yakin Taman Negeri ini akan dapat diwujudkan di kawasan ini kerana usaha yang kita lakukan ini telah mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaaan yang berkaitan termasuk Yayasan Diraja Sultan Mizan.

Sementara itu, Azmi memberi-tahu, aktiviti yang dijalankan semalam bertujuan memberi ke-sedaran pelbagai pihak termasuk masyarakat setempat dan golongan pelajar terhadap tannggungjawab bersama dalam usaha pemuliharaan kawasan tersebut kekal agar dapat diwarisi oleh generasi akan sdatang.

Katanya, kerjasama WWF-Malaysia serta semua pihak yang terbabit dapat lagi meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan ekositem kawasan Tanah Bencah menerusi pelbagai program yang diadakan sejak 2006 lagi di sam-ping menyemai kecintaan terhadap alam sekitar.