Abdul Jalil Mustaffa, 54  yang merupakan pengarah syarikat AJS Resources Sdn. Bhd. membuat laporan itu pada pukul 10.17 pagi di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu dengan ditemani Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Abdul Jalil memberitahu, pembayaran penyelesaian saman pada 2016 sebanyak RM45 juta telah dibuat oleh kerajaan negeri kepada  kontraktor utama tetapi sehingga kini kalangan subkontraktor belum mendapat apa-apa bayaran.

"Saya membuat laporan polis agar perkara ini dapat disiasat secara menyeluruh kerana saya  sendiri telah membelanjakan lebih RM2 juta bagi  menjalankan kerja-kerja awal projek tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Raja Kamarul Bahrin mempersoalkan mengapa kerajaan negeri ingkar  mematuhi perintah persetujuan bersama di antara Syarikat Posc-Ti Sdn. Bhd. untuk bersetuju mengeluarkan 'surat niat' bagi melantik 17  pemborong (kontraktor) yang  disenaraikan  bagi menjalankan kerja baik pulih.

Katanya, sehingga hari ini surat tersebut tidak dikeluarkan sehingga memaksa enam daripada 17 kontraktor itu pula mengemukakan tuntutan saman sebanyak RM27.8 juta Febuari lalu.

Pada 27 Mei lalu, Raja Kamarul Bahrin telah mengemuka aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat projek Taman Ilmu yang kemungkinan berlaku unsur penyalahgunaan wang kerajaan setelah terus berdepan dengan kemelut.

Tindakan itu dibuat apabila yang bermula sejak 14 tahun projek yang menelan kos awal lebih RM300 juta itu bermula tidak disiapkan spenuhnya manakala premis sedia ada berdepan kerosakan teruk manakala kerajaan negeri terus terdedah dengan tindakan saman oleh pelbagai pihak.

Selain enam syarikat itu, sebuah lagi syarikat dari Korea turut mengemukakan tindakan  saman pada 31 Mei lalu.-UTUSAN ONLINE