Turut berangkat, anakanda-anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua’az.

Ketibaan baginda kira-kira pukul 7.50 pagi diiringi Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya dan barisan kepimpinan kerajaan.

Solat sunat Aidiladha diimamkan oleh Mufti Terengganu, Datuk Dr. Zulkifly Muda.

Selepas selesai menunaikan solat, baginda meluangkan masa bersalaman dengan para jemaah. - UTUSAN ONLINE