Pengarahnya, Dr.Mohammad Omar berkata, serbuan oleh Cawangan Penguat Kuasa Farmasi dalam Ops Suntik itu mencatatkan
rampasan terbesar produk seumpama itu, dibandingkan beberapa tahun lalu.

 Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau memberitahu,  antara spa itu milik seorang pengamal perubatan di bawah pengurusan suaminya yang turut menawarkan perkhidmatan di laman sosial Facebook serta Instagram.

 Katanya, spa itu dikesan menjalankan khidmat suntikan vitamin C yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) selain pengamalnya tidak mempunyai Letter of Credentialling and Privileging bagi rawatan sintetik.

"Harga perkhidmatan ditawarkan adalah antara RM160 sehingga RM400 untuk satu sesi rawatan bergantung kepada jenama suntikan dan pakej perkhidmatan.

"Nilai rampasan di spa ini melebihi RM13, 000, tidak termasuk mesin ,"ujarnya. .

.Katanya, para pengusaha spa ini banyak menawarkan perkhidmatan  suntikan bagi tujuan kecantikan menggunakan produk tidak berdaftar.

"Antara suntikan yang dijual ialah `aqua skin veniscy', `cindella injection' dan `luthione injection' yang boleh memberi
kesan sampingan," katanya.

 Katanya  penjualan produk kosmetik yang tidak diperakukan oleh Kementerian Kesihatan  merupakan satu kesalahan di
bawah Akta Jualan Dadah 1952 yang boleh denda sehingga RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pengamal yang tidak mempunyai sijil yang diiktiraf pula boleh dikenakan denda sehingga RM300,000 atau penjara tidak melebihi 6 tahun
atau kedua-duanya sekali.

Tambah Mohammad, dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, pihaknya menggerakkan sebanyak 20 serbuan ke atas premis yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk menjual produk dicemari racun berjadual dengan nilai rampasan mencecah hampir setengah juta ringgit. - UTUSAN ONLINE