Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SMKSI juara Battle Robot Terengganu

SMSSI robot battle
PASUKAN SMKSI bersama hadiah yang dimenangi selepas muncul sebagai juara Battle Robot 2017 di Kemaman hari ini. - UTUSAN ONLINE

KEMAMAN 18 April –Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI) mencatat suatu lagi sejarah pencapaiannya apabila menjuarai pertandingan Battle Robot TATIUC 2017 peringkat negeri yang berlangsung di Kolej Universiti TATI (TATIUC) di sini hari ini.

 Sebanyak 80 pasukan daripada 28 buah sekolah seluruh negeri  menyertai pertandingan  yang julung kali dianjurkan di negeri ini melalui inisiatif Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrikal & Automasi (FTKEA) TATIUC.

 Dengan kemenangan itu, SMKSI membawa pulang hadiah wang tunai RM900 berserta trofi manaka tempat kedua disandang oleh Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud Kuala Terengganu (SESMA).

 Pertandingan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tranformasi Kerajaan negeri,
Bazlan Abdul Rahman.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain