Antara kejayaan dicapai, muncul juara Pertandingan Debat Bahasa Arab Terbuka Antarabangsa 2018 selain meraih beberapa anugerah termasuk pemidato terbaik dalam pertandingan itu.

Pertandingan debat itu berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama empat hari bermula 27 Julai lalu.

SMAASZA diwakili oleh Imran Sulaiman, Abdullah Hakim Mohd. Nasir dan Sharifah Nur Syakirah Syed Ubaidillah.

Sharifah Nur Syakirah dinobatkan sebagai pendebat terbaik pertandingan akhir, diikuti Imran sebagai pendebat terbaik keseluruhan serta Abdul Hakim sebagai pendebat ketiga terbaik keseluruhan.

Sharifah Nur Syakirah juga merupakan pendebat kelima terbaik keseluruhan.

SMAASZA juga menduduki tempat ketiga dalam pertandingan Debat Bahasa Arab Sekolah ASEAN di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) April lalu.

Selain itu, tiga pelajar sekolah berkenaan turut cemerlang apabila meraih satu anugerah utama, dua anugerah khas dan dua pingat emas dalam Inova 43rd International Invention Show di Zagreb, Croatia dari 4 hingga 17 November lalu.

Tiga pelajar itu ialah Ahmad Aliuddin Zulkifli, Ahmad Fakrul Ismail dan Nur Wadhihah Faisal.

Dalam pada itu, 23 pelajar bersama lapan guru pembimbing serta dua kakitangan SMAASZA terlibat dalam penyertaan pelbagai program sepanjang 2018, hari ini diraikan dalam majlis Kesyukuran dan Kegemilangan SMAASZA 2018 di sekolah itu.

Majlis perasmiannya disempurnakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim.

Yang turut hadir, Pengetua SMAASZA, Engku Abdullah Engku Dalam Ahmad.