Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dipercayai bagi membincangkan mengenai dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang Pas tidak akan menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Beberapa pemimpin parti hadir kira-kira pukul 2.30 petang tadi antaranya Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah; Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan; Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali.

Turut hadir, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan; Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh.

Pihak media turut dimaklumkan satu sidang akhbar berkenaan mesyuarat sebentar tadi akan dilakukan oleh Takiyuddin kira-kira pukul 5 petang ini. - UTUSAN ONLINE