D samping itu, medium penyalurannya bukan sekadar bahan bercetak tetapi juga elektronik yang lebih mudah dan santai, dengan struktur, nilai estetika dan arah tuju yang sering menjadi bahan polemik apabila aspek komersial kelihatan lebih ketara.

Seakan bertolak atas premis itu, Seminar Transformasi Sastera Terengganu di Dewan Teater Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail (IPGKDR) di sini hari ini.

Perasmian program anjuran bersama Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita), Dewan Bahasa Wilayah Timur (DBPWT) dan IPGKDR itu disempurnakan oleh Pengarah DBPWT, Che Zainab Omar.

Tiga penulis membentangkan kertas kerja termasuk penerima anugerah Cekal Sastera Hadiah Sastera Darul Iman (HSDI) II 2015, Husna Nazri dan

Saide Mor Azam, seorang lagi penulis muda yang prolifik membicarakan pengalaman menulis novel sepenuh masa.

Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Kamariah Kamarudin pula memperkatakan Pemetaan Ilham dan novel Hujan Dinihari karya S.M Noor.

Program yang diselitkan dengan deklamasi dan persembahan lagu-lagu puisi oleh pelajar IPGKDR diajhiri dengan sesi soal jawab.-UTUSAN ONLINE