Acara tahunan sempena sambutan Bulan Kebangsaan dianjurkan bersama oleh Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) dan Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) dengan kerjasama PPAT.

Pengerusi penganjur, Kamaruzaman Ismail

memberitahu, program yang diadakan sejak tahun 1987 itu antara lain bertujuan meneguhkan perpaduan kaum, memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dan menyerikan sambutan perayaan kemerdekaan melalui pengucapan puisi.

“Sayembara ini terbuka kepada semua warga negara berusia 17 tahun ke atas, dan mereka diwajibkan memilih puisi daripada antologi Lantera Zaman seperti mana ditetapkan pihak penganjur.

“Peserta yang terpilih sebagai juara peringkat negeri layak bertanding di peringkat kebangsaan,” katanya di sini hari ini.

Sebarang maklumat mengenai sayembara ini boleh hubungi urusetia, Mahanie Sulong menerusi telefon 013-9149430.- UTUSAN ONLINE.