Shaikh Harun

Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, asnaf fisabilillah mendapat peruntukan tertinggi iaitu RM14.9 juta diikuti untuk asnaf miskin (RM18.4 juta) dan asnaf fakir (RM5.77 juta).

Menurutnya, perbelanjaan kepada asnaf fisabilillah ini kebanyakannya keperluan pendidikank anak-anak golongan miskin melanjutkan pelajaran.

“Mereka yang mendapat tawaran menyambung pelajaran ke peringkat ijazah, anak-anak ini akan diberikan bantuan RM1,000 manakala diploma (RM800) dan ke sekolah berasrama penuh (RM500).

“Wang zakat ini diharap mampu menyuntik semangat mereka untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan mengubah nasib keluarga,” katanya selepas majlis pengumuman kadar zakat fitrah bagi Terengganu tahun 2017 di sini kelmarin.

Shaikh Harun berkata, sebanyak RM133.6 juta kutipan zakat berjaya direkodkan pada tahun lepas dan ia adalah rekod kutipan tertinggi Maidam setakat ini.

“Kita terus memantapkan ekonomi umat Islam melalui agihan zakat. Bantuan kepada fakir miskin tidak lagi berbentuk wang bulanan, sebaliknya kita sediakan kemudahan dn bimbingan agar mereka berusaha keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.