DIN ADAM

Pegawai Pem­ba­n­­-
gunan Projek Prasa-
rana, Da­tuk Din Adam (gambar) ber-
kata, projek di ba-
wah pel­bagai kementerian itu sebahagiannya masih dalam peranca­ngan untuk dimulakan manakala se­bahagian lagi dalam proses pe­laksanaan.

“Ini termasuklah projek pembinaan jalan dari Kampung Mat Daling, Jerantut ke Kampung Pasir Raja di sini menerusi pembiayaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di samping Hospital Dungun bernilai RM130 juta.

“Kerja-kerja membaik pulih benteng pantai di Kampung Teluk Lipat yang membabitkan kos dianggarkan RM100 juta di samping projek pemulihan muara su­ngai di Kampung Kuala Paka bernilai RM150 juta juga diluluskan.

“Terima kasih Datuk Seri Najib Tun Razak kerana meluluskan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jom Bantu Rakyat di Kampung Santong yang dirasmikan oleh Perdana Menteri di sini semalam.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Din memberitahu, manfaat terbaharu yang bakal dinikmati rakyat ialah penyediaan 229 unit kediaman di bawah Projek Rumah Idaman Rakyat (RIR) oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Kampung Santong yang bernilai RM60 juta.

Selain itu katanya, 432 unit kediaman akan turut dibangunkan di bawah projek PR1MA bagi memenuhi keperluan golongan sasar.

Din yang juga Ketua UMNO Bahagian Dungun berkata, de­ngan memberi perkhidmatan kepada rakyat berterusan tanpa bermusim telah membantu me­ningkatkan keyakinan mereka.