Mereka termasuklah tukang urut, tukang gunting, tukang jahit, tukang rumah, bidan kampung, mekanik, guru silat, pemetik kelapa, penebang pokok, penggali kubur, pengurus jenazah yang menyara kehidupan keluarga dengan memanfaatkan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki.

Seramai 160 orang dikenal pasti dan mereka dikumpulkan dalam pertubuhan Pakar agar nasib mereka diberi perhatian melalui peluang-peluang untuk memajukan diri dengan kemudahan yang disediakan oleh pelbagai jabatan dan agensi.

Susulan itu, satu program Beng­kel Warga Pakar DUN Jerteh diadakan Pusat Khidmat Masyarakat Gong Kemuntong dekat sini baru-baru ini bagi me­ninjau kehidupan mereka.

Ahli Dewan Dewan Unda­ngan kawasan itu, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, satu pengkalan data ahli Pakar akan diwujudkan untuk memudahkan pengurusan di samping memberi peluang masyarakat mendapatkan khidmat mereka.

“Bukan mudah untuk kumpulkan golongan ini dan bawa mereka menyertai bengkel sehari.

“Program ini dianjurkan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang bidang kerjaya yang mereka ceburi untuk diketengahkan serta mendedahkan tentang kemudahan bakal diberikan oleh kerajaan negeri,” katanya di sini baru-baru ini.