Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Projek dataran Darau bakal 
jadi tarikan utama di Besut

BESUT 16 April – Hulu Besut akan mempunyai satu lagi tarikan pelancongan berasaskan sumber alam apabila projek Pelancongan Agro Rekreasi Darau siap sepenuhnya menjelang akhir tahun depan.

Nawi Mohamad

Pengerusi Jawarankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nawi Mohamad berkata, projek di tapak seluas 17 hektar di pinggir sungai itu melibatkan kos keseluruhan dianggarkan RM21.6 juta.

Beliau berkata, projek ber­kenaan merupakan sebahagian daripada program pembangunan yang merubah landskap kawasan pedalaman ini dan menjana kepesatan kegiatan ekonomi di samping kemudahan untuk masyarakat termasuk perumahan.

“Fasa pertama melibatkan kerja-kerja menimbus tanah mu­la dilaksanakan pada November 2016 yang dijangka siap sepenuhnya awal bulan ini.

“Ini disusul fasa kedua bernilai RM20 juta dengan penyediaan prasarana dan pengindahan terma­suk dewan futsal, restoran terapung, gelanggang permainan, surau, premis perniagaan, pusat rekreasi air dan laluan pejalan kaki,” katanya selepas majlis Penyerahan Cadangan Kerja Tanah Bagi Projek Pelancongan Agro Rekreasi Kampung Darau antara Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dengan Jabatan Kerja Raja (JKR), di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Penolong Pengarah Sektoral UPEM, Ahmad Ridzwan Abdul Rahman dan Pengarah JKR Terengganu, Ir. Ab. Hamid Md. Daud.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut berkata, dataran Darau ini dijangka menjadi pusat tumpuan pelancongan utama di daerah ini dengan pakej alam semulajadi yang lengkap termasuk berada berhampiran Empangan Jajar di samping kemudahan perhubungan.

“Apabila siap jalan Keruak-Gunung Bongsu nanti, Hulu Besut akan menjadi laluan utama orang ramai dari Gua Musang di Kelantan, Pahang, Perak atau Lembah Klang untuk ke Besut mahupun Kuala Terengganu kerana jarak lebih dekat,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain