Pada malam ini, beberapa artis terkenal tanah air akan menemui peminat dalam Konsert Pesona bermula pukul 9 malam antaranya Ameng, Siti Nordiana, Akim & The Majistret, Hael Husaini, Wani Hasrita dan Aiman Tino.

Ketua Bahagian Rancangan Jabatan Penyiaran Terengganu, Wan Abdul Rahman Wan Hayat, manakala pada malam kemuncaknya iaitu malam esok, Konsert Mastika pula bakal menyusul bermula pukul 9 malam di tempat yang sama.

Artis yang akan menjayakan konsert ini ialah Nora, Herman Tino, Ayai Ilusi, Baggio Damatsutra, Nooshila Amin dan Poey Sting.

Beliau memberitahu, forum Perdana Ehwal Islam juga diselitkan pada ekpso tersebut yang dirakamkan pada 28 Mei lalu sebelum disiarkan di TV1 malam tadi.

Forum bertajuk `Jalan Ke Syurga’ itu disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria.

Forum Perdana itu menampilkan dua penceramah undangan, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang dan Ustazah Isfadiah Mohd. Dasuki manakala Ustaz Rizal Ramli selaku moderator.

Selain itu, katanya, RTM menerusi program kegemaran ramai, Selamat Pagi Malaysia (SPM) berserta Nasional FM dan Radio Klasik turut mengadakan siaran langsung mulai semalam hingga esok selama dua jam bermula pukul 8 pagi.

Lain-lain adalah pengisian program Terengganu FM dari 25 hingga 28 Februari lalu, pertandingan memancing Kelab RTM Terengganu yang berlangsung hari ini dan pertandingan karaoke, semalam.

Majlis penutupan Ekspo Terengganu 2018 itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok manakala perasmiannya oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 26 Februari lalu. - UTUSAN ONLINE