Kanak-kanak di wad pediatrik yang terpaksa dirawat kerana berdepan dengan masalah kesihatan ternyata seronok dengan penglibatan mereka bersama melengkap dan menceriakan bilik permainan, aktiviti mewarna dan menerima pek makanan.

Dengan kerjasama HSNZ, war­ga UMT mereka yang terdiri da­ripada seramai 40 pelajar tempatan dan luar negara bersama kakitangan itu turut membantu bergotong-royong membersihkan lokasi-lokasi tumpuan sekitar hos­pital berkenaan.

Sempena program ter­se­but, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Zubir Embong yang juga Presiden Gagasan Terengganu menyempurnakan perasmian bilik aktiviti permai­nan kanak-kanak Wad Pediatrik.

Yang turut hadir, Pengetua Kolej Siswa, Awang Koding Che Tom dan Timbalan Pengetua, Dr. Che Wan Ida Rahimah Che Wan Ibrahim serta Timbalan Pengarah HSNZ, Dr. Ahmad Naziri Mohd Nasir.

Pengarah program HTRB 2017, Mohd. Fadli Hussin yang merupakan pelajar Ijazah Doktor Falsafah bidang Sains Matematik berkata, program berbentuk kemasyarakatan itu adalah bertujuan untuk memupuk sifat kecaknaan pelajar bersama komuniti terutama kepada golongan yang memerlukan.

Katanya, ini merupakan ren­tetan usaha dalam merea­lisasikan pelan Community Engagement jangka panjang dan generasi pe­waris kepemimpinan dalam pel­bagai lapangan yang cakna ma­sya­rakat.

“Salah satu program tanggungjawab sosial yang dilakukan untuk membina dan membentuk jari­ngan hubungan kerjasama strategik antara universiti, pemimpin dan komuniti yang memerlukan.

“Pelajar turut berpeluang me­nimba pengalaman dan pendedahan awal sebelum menjalankan tanggungjawab sebagai pemim­pin dalam persatuan atau kelab di UMT, seterusnya di peringkat nasional dan antarabangsa,” ujar beliau.