Dalam kejohanan selama empat hari yang berakhir 20 Ogos lalu di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Perak, pasukan wanita yang merupakan juara bertahan me­ngalahkan Politeknik Negeri Sembilan dengan kiraan larian 15-8.

Bagi kategori lelaki, pula pasukan Politeknik Terengganu terpaksa akur dengan kehebatan Kedah apabila kalah di perlawanan akhir yang menafikan juara milik Terengganu tiga tahun berturut-turut.

Menurut Penyelaras Pusat Pem­bangunan Sukan (PPS) Sofbol, Saiful Azizi Abdullah, kejohanan itu sebagai medan pemilihan pemain yang akan mewakili Politeknik Malaysia dalam Kejohanan Sofbol Terbuka Kebangsaan mulai 15 hingga 18 September depan di Kuala Terengganu.

Beliau yang juga Pengerusi Teknik Politeknik Malaysia memberitahu, di samping itu pemain-pemain berprestasi tinggi juga dapat mewakili negara bagi pasukan institusi pengajian tinggi negara ke kejohanan di peringkat antarabangsa.

“Dalam pencarian bakat, para pelajar-pelajar sekolah yang berminat dalam sofbol boleh diasuh oleh pihak Politeknik untuk di­serapkan dalam pasukan kelak, sekali gus membantu promosi politeknik sebagai pilihan para pelajar utk meneruskan pengajian apabila tamat pengajian,” ujarnya.