RADIAH CHE SU

Pengarahnya, Radiah Che Su berkata, ini melibatkan program Diploma Teknologi Digital, Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) dan Pradiploma Sains.

“Bagi sesi kali ini, permohonan dibuka hingga 15 Disember, dan PKT menyasarkan pengambilan seramai 150 pelajar. Buat masa ini jumlah keseluruhan pelajar di PKT adalah seramai 694 orang,” ujarnya di sini hari ini.

Menurut beliau, syarat minimum kemasukan bagi lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah memperoleh tiga kredit, lulus Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Bagi lulusan Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Mara (IKM) harus mempunyai Sijil Tamat Latihan atau Sijil Kemahiran Tahap 3 dan 1 kredit mana-mana subjek SPM.

“Calon-calon boleh datang terus (walk-in) ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKT untuk memohon dengan membawa bersama segala dokumen yang diperlukan,” ujarnya di sini hari ini.

Sejak penubuhan PKT pada 1 Januari 1999, seramai 3,688 gra­duan telah dilahirkan, dan PKT terus melakar pencapaian terbaik dari segi kebolehpasaran apabila sebanyak 96 peratus graduan bagi sesi Jun dan Disember 2016 telah bekerja dalam pelbagai industri termasuk agensi kerajaan.

Selain itu, PKT juga cemerlang dalam bidang inovasi apabila merangkul Anugerah Ketua Pengarah MAMPU pada 2015 dan 2016 dan dinobatkan juara keseluruhan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Peringkat Kebangsaan Politeknik Malaysia 2017.

“Ini membuktikan PKT mem­­punyai tenaga pengajar dan staf berkemahiran tinggi dan berinovasi yang mampu melahirkan modal insan bagi memenuhi ke­perluan industri masa kini,” ujar beliau.