Pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi silat kura-kura di samping persembahan  tarian tradisional oleh kumpulan Kesenian dan Kebudayaan Negara Terengganu.

Acara turut diserikan dengan nyanyian dari Ameng.

 Pelancaran pesta itu disempurnakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Zubir Embong dan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri.

Program yang berlangsung hingga Sabtu depan menyediakan pelbagai pengisian menarik antaranya demonstrasi masakan dan pembuatan kraf, persembahan pentas dan kesenian tradisional, permainan rakyat, sukan pantai dan air.