Program anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Air Terjun itu disertai oleh lebih 200 penduduk yang mewakili tiga buah kampung.

Menurut Setiausaha PDM Air Terjun, Nik Yusof Nik Lah, dalam program sukaneka sehari itu, s ebanyak 20 acara diadakan dalam kawasan sawah di kampung tersebut.

Antara acara yang menarik ialah menangkap ikan, tarik tali, bola baling, lumba merbah besi dan lumba jentera pembajak.

Suasana riuh dengan gelagat peserta yang terjatuh, dan bermandikan lumpur tetapi masih gigih meneruskan acara.

Nik Yusof berkata, program tersebut program yang julung kali diadakan itu bertujuan mengeratkan hubungan dan kemesraan penduduk tiga kampung itu yang sedia terjalin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Kuala Abdul Rahman merasmikan program tersebut, dan turut menguji kebolehan menjadi penjaga gol dalam acara bola baling.

Tengku Zaihan menyifatkan program tersebut begitu menghibur dan mampu mengeratkan hubungan penduduk yang sejak sekian lama bergelumang dengan lumpur dan sawah dalam kehidupan seharian

Katanya,.cara demikian juga boleh mencetuskan rasa kekitaan dan menyedarkan golongan muda bahawa asal usul mereka ada hubungan kait dengan sawah dan lumpur.

"Golongan muda wajar menginsafi bahawa kesenangan yang mereka kecapi hari ini adalah usaha ibu bapa dan datuk nenek mereka yang bergelumang dengan sawah dan lumpur,". - UTUSAN ONLINE