Program sebegini yang pertama oleh GLC digerakkan di bawah pendekatan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pesama kepada seluruh kakitangan pekerja yang sentiasa berusaha kearah kemajuan syarikat.

Pengerusi Lembaga Pengarahnya. I r. Rosli Othman, ketika merasmikan program itu di pekarangan pejabat Pesama di Kawasan Perindustrian Jakar berkata, program itu dibawakan khusus kepada kakitangan sebagai suatu bentuk penghargaan buat mereka.

 Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri memberitahu, pelbagai jenis barangan keperluan harian ditawarkan dengan harga lebih rendah antara 25 hingga lebih 30 peratus berbanding harga semasa di pasaran.

"Ini termasuk  beras, gula, minyak masak dan ayam dan hasil laut," ujarnya dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Golden Pharos Berhad, Datuk Nadza Abdul; Pemangku  Pengurus Besar Pesama, Mohd Shamsol Mohd Shafie dan Ahli Lembaga Pengarah, Rosli Ahmad.

Sementara itu, salah seorang pekerja Mamat Daud, 49,  ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Pesama kerana menganjurkan pasar ini dan berharap dapat dijadikan program rutin saban bulan.

"Hari ini saya mengambil peluang membelanjakan sebanyak RM200 membeli barangan kelengkapan dapur dengan peluang yang dapat menjimatkan perbelanjaan,"ujarnya. - UTUSAN ONLINE