Malah persatuan itu turut bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman (PKDK) mengedarkan risalah larangan merokok dan arahan pemasangan papan tanda larangan merokok di beberapa premis makanan dan minuman di Medan Selera.

Sesi dialog dan taklimat berkaitan perkara berbangkit termasuk larangan merokok juga diadakan melibatkan kedua-dua belah pihak sempena kempen larangan merokok bertempat di Medan Selera Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini petang semalam.

ANGGOTA Penguatkuasa PKDK bersama Ahli Jawatankuasa PPDK sama-sama menjayakan Kempen Larangan Meroko

ANGGOTA Penguatkuasa PKDK bersama Ahli Jawatankuasa PPDK sama-sama menjayakan Kempen Larangan Merokok di premis makanan dan minuman di Medan Selera Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di Kemaman,  petang semalam. – UTUSAN ONLINE/ MUKHATAR  A. RAHMAN   

Taklimat disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Epidemiologi, Dr. Khairul Rafizah Hairodin mengenai cadangan ke arah perlaksanaan Kemaman Bebas Asap Rokok (KBAR) yang dalam peringkat pewartaan di Jalan Padang Astaka, Chukai.

Manakala satu lagi taklimat berkaitan pewartaan kawasan larangan merokok di kedai makan juga diadakan di Pejabat Vektor di Klinik Kesihatan Chukai di sini yang disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran, Mohd. Rosli Abd. Wahab.

Dalam pada itu, Pengerusi PPDK, Ahmad Fazli Mohamad mengakui pada mulanya kebanyakan ahli persatuan berkenaan agak kurang jelas malah tidak begitu berpuas hati dengan pelaksanaan larangan merokok di premis menjual makanan.

Namun jelas beliau, setelah menghadiri sesi taklimat serta dialog berhubung perkara itu mereka berpuas hati dengan penjelasan pihak PKDK dan akur dengan larangan itu.

“Dalam sesi taklimat itu, hampir keseluruhan ahlinya yang merupakan peniaga aktif dikalangan peniaga pasar malam, peniaga pasar tani, peniaga pasar, pengusaha kedai makan, penjaja, peruncit, pekedai barangan keperluan asas dan pemborong makanan.

“Sejak arahan diperkenalkan oleh kerajaan sejak 1 Januari lepas ramai ahlinya yang kurang jelas dan rasa tidak puas hati tentang pelaksanaan ini, berdasarkan penjelasan daripada pihak kesihatan, PPDK terpaksa akur dengan mengambil tindakan daripada sudut positif,” katanya. - UTUSAN ONLINE