Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat menganggarkan 116,000 pelajar akan mendapat manfaat daripada dana itu yang digerakkan bagi meringankan bebanan keluarga.

Katanya, pemberian kali ditukar semula daripada berbentuk tunai kepada pemberian baucer dengan ibu bapa atau pelajar yang boleh ditebus dengan mendapatkan kelengkapan itu di premis-premis yang ditentukan di setiap kawasan Dewan Undangan negeri kelak.

Menurut Satiful, peralatan yang dibekalkan itu berasaskan jenama tertentu, dan beliau yakin dengan kualitinya.

“Dana ini khusus kepada keluarga dengan pendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah. Bagi pelajar lelaki mereka akan memperoleh baju, seluar, stokin, kasut dan bag manakala pelajar perempuan akan turut dibekalkan dengan telekung,”ujarnya selepas mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Katanya, permohonan melalui dalam talian iDANA akan mula dibuka mulai 1 Oktober hingga 21 Oktober depan bagi mermbolekan proses semakan dan pengagihan dilakukan lebih awal.-UTUSAN ONLINE