Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, semua ini menuntut keikhlasan memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan dan dasar murni itu jangan dikhianati.

“Anda semua perlu berusaha memenuhi aspirasi kerajaan dengan memberi perkhidmatan terbaik dan cemerlang kepada rakyat,” katanya dalam Majlis Sambutan Aidilfitri 2017 anjuran Kelab Wisma Darul Iman di sini kelmarin.

Yang turut hadir, isteri beliau, Toh Puan Seri Halina Zakaria; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail serta Exco kerajaan negeri.

Katanya, penjawat awam adalah agen transformasi di barisan paling depan selain merupakan tulang belakang kerajaan.

“Penjawat awam di negeri ini berdepan cabaran besar malah sentiasa menjadi perhatian rakyat bagi membolehkan segala dasar kerajaan dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.

Dalam majlis itu, Menteri Besar turut meraikan seramai 80 murid miskin dan yatim dari sekolah berhampiran pusat pentadbiran negeri itu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Mariam, SK Tengku Bariah, SK Sultan Sulaiman 1 dan SK Paya Bunga.