ZAILANI NGAH maut selepas kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
 

Dalam kejadian pukul  8.15 pagi itu, mangsa, Zailani Ngah, 41, yang dalam perjalanan  ke tempat kerja di pekan Paka meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Said Ibrahim memberitahu ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda CBR juga dikatakan berhasrat bertemu rakan - rakan kelab motosikal yang menunggunya di Kuala Terengganu selepas selesai menguruskan tugas.

Ketika dihubungi beliau memberitahu, apabila melalui satu selekoh, motosikal mangsa dikatakan merempuh lopak  menyebabkannya hilang kawalan sebelum melanggar besi penhadang jalan di kiri lebuh raya. 

“Motosikalnya terbalik dan mangsa turut terseret sejauh 64 meter ke kiri lebuh raya tersebut “ katanya.

Menurut beliau, pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Kerteh yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. - UTUSAN ONLINE