Mazuki, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz dan tertuduh mohon dibicarakan.

Mohamad Haldar kemudian menetapkan 21 Februari ini untuk sebutan semula kes manakala Mazuki dikenakan ikat jamin berjumlah RM7,000. Tertuduh kemudian membayar ikat jamin tersebut.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Farah Yasmin Salleh menakala tertuduh diwakili peguam Zul Basysyar dari Teuan Mohd. Hayyatuddin & Co.

Mengikut kertas pertuduhan, Mazuki didakwa memberi dokumen yang mengandungi butiran palsu berkaitan tuntutan perkhidmatan sewaan bas kepada pengurus jualan hotel berkenaan pada 28 September 2014 dengan tujuan memperdaya pengurus akaun itu.

Mazuki dituduh membuat tuntutan RM1,400 bagi perkhidmatan sewaan bas berkenaan sedangkan caj sebenar yang dikenakan hanya RM650.

Dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda maksimum lima kali nilai tuntutan palsu atau RM10,000 jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE