Wahab Embong, 70, dan Mohd. Ruhasmizal Yatim, 33, dan Fauzi Mohamad, 54, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan  secara berasingan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut pertuduhan, Wahab didakwa menggaji seorang pekerja warga Myanmar di sebuah tapak projek di Batu Rakit dekat sini pada pukul 11 pagi, 4 Disember tahun lalu.

 Mohd. Ruhasmizal pula didakwa menggaji dua pekerja dari negara berkenaan di sebuah tapak projek di Losong Haji Mat Sapiei, di sini, pukul 10.10 pagi pada tarikh sama.

Wahab didenda RM10,000 manakala Mohd. Ruhasmizal RM20,000.

Kedua tertuduh didakwa melanggar peruntukan di bawah Seksyen 55 (B)(1) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan) 2002 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 dan maksimum RM50,000 bagi setiap seorang yang dilindungi.

Sementara itu, Fauzi didakwa membenarkan seorang pekerja warga Myanmar yang tidak memiliki pas sah untuk masuk dan tinggal di sebuah tapak pembinaan di Kampung Pengkalan Nyireh, Kuala Besut, Besut, pada pukul 11.40 pagi, 2 Oktober 2017.
Tertuduh didenda RM5,000 bagi kesalahan tersebut.


ertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 55 (E)(1) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan) 2002 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 55 (E)(2) akta sama yang membawa hukuman denda minimum RM5,000 dan maksimum RM30,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap warganegara asing yang dibenarkan berada dalam premis.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Terengganu, Nur Hidayah Ramley.-U TUSAN ONLINE