Mereka terdiri daripada anak-anak kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kemaman, Hospital Daerah Kemaman, Klinik Pergigian dan Klinik Kesihatan daerah ini dan program itu merupakan anjuran bersama PKD Kemaman dan Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (Kesukes) PKD itu.

Lebih menarik, program itu menampilkan kelainan dengan kemunculan juru khatan yang mengenakan pakaian pahlawan tradisional Melayu yang antara lain bertujuan mengurangkan ketakutan kanak-kanak selain memastikan nilai budaya tradisional Melayu tidak terus pupus.

DR. MOHD ANUAR menyemburkan air ke arah sekumpulan 18 kanak-kanak dalam majlis berkhatan beramai-ram

DR. MOHD ANUAR menyemburkan air ke arah sekumpulan 18 kanak-kanak dalam majlis berkhatan beramai-ramai di Klinik Batu 2 1/2 Jalan Air Putih, Kemaman pagi ini. - UTUSAN ONLINE/ MUKHATAR A. RAHMAN

Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Mohd. Anuar Abd. Rahman berkata, program berkhatan beramai-ramai itu adalah sebahagian daripada aktiviti kebajikan PKD Kemaman untuk kakitangan mereka yang mula diperkenalkan tahun lalu.

“Berikutan sambutan menggalakkan, program itu telah dijadikan acara tahunan sempena cuti sekolah,” katanya semasa merasmikan majlis berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Perubatan Klinik Batu 2 ½, Dr. Anis Ahmad; Pegawai Kesihatan Daerah 2 (Pengurusan), Dr. Norulhuda Che Nordin; Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Mohamad Hassan Ahmad dan wakil bahagian pergigian daerah, Dr. Noor Fatiha Abdul Rahim.

KELIHATAN `pahlawan-pahlawan Melayu' sedang mengkhatankan seorang kanak-kanak dalam majlis berkhata

KELIHATAN `pahlawan-pahlawan Melayu' sedang mengkhatankan seorang kanak-kanak dalam 
majlis berkhatan beramai-ramai di Klinik Batu 2 1/2 Jalan Air Putih, Kemaman pagi ini.  - UTUSAN ONLINE/ MUKHATAR A. RAHMAN

Dr. Mohd. Anuar berkata, program itu diadakan selaras dengan saranan Pengarah Kesihatan Negeri dalam usaha memberi penekanan terhadap kepentingan kebajikan sebagai menghargai kakitangan PKD. - UTUSAN ONLINE